Friday, August 1, 2008

Durian oh durian

Minggu ni memang minggu yang sibuk dengan kerja, langsung tak sempat nak update blog. Idea memang banyak, tapi masa tidak mengizinkan.


Durian yang Dino bawa balik



Hari Ahad yang lepas saya, May, Zana dan Darkie telah pergi ke Kelang untuk mencari durian. Dengan meminjam 'Storm' bapa Zana, tepat pukul 3 petang kami ke Meru, memang banyak durian di sana. Apa lagi kami pun memborong sampai tak ingat dunia. Selagi terdaya kami sumbat durian dalam 'Storm' tu. Sempat juga saya menghantar 7-8 biji durian ke rumah kakak saya di sec 2. Saya tahu anak2 saudara saya semuanya 'hantu durian' Sampai rumah lebih kurang pukul 7 petang. Lepas makan malam saya dan May mulalah makan durian2 tu, semasa makan baru teringat nak ajak dino. Lebih kurang 9 malam dino sampai. Saya dan May sekali lagi 'temankan' dino makan durian. Maid saya pun pelik tengok saya dan May makan durian macam sebelum ni tak pernah jumpa durian.. Dino bawa balik 4 biji durian. Lewat malam saya dan May keluar untuk menyejukan badan di MCD S.Alam.

Balik kerja petang Isnin tu saya dan May terus pergi dapur, belah durian.. makan lagi sampai abis durian tu.. Ya Allah.. apa nak jadi dengan kita orang ni ntah lah.

Pada Rabu saya kerja seperti biasa, sibuk dengan kerja2 yang bertimbun2. Malam pula saya dan kawan2 ada sessi meluahkan perasaan. Dulu, sebelum ita kawin, sessi ni sebulan sekali. Sejak 'leader' dah kawin, belum ada satu sessi pun lagi. Sessi ni bertujuan untuk berkongsi apa juga masalah, tak kisahlah keluarga, kerja ataupun personal. Sessi malam ni lebih kepada masalah kerja dan melepaskan semua yang terbuku di dada. Port baru di MCD S.Alam. Saya akui selepas sessi ini selesai, kepala otak memang lapang selapang2nya. Kemudian kami akan berborak2 dan ketawa2 macam tidak pernah ada masalah. Sebelum balik zana sekali lagi mengajak saya, May dan Darkie pergi mencari durian. Saya bertanya pada zana 'it's 10pm now, mana ada org jual durian lagi?' Zana menjawab 'My father kata kat Puchong Perdana berlambak2 durian, u all ikut jer' Saya dan May terus ikut zana, darkie kena balik sebab pagi esoknya dia ada site meeting di Melaka.

Memang murah durian di sana. Satu beg plastik yang besar tu cuma RM10. May mula lah tamak dia kata '1 beg mana cukup, atleast 2 beg' Kami pun memilih durian2 yang elok dan membayar RM20 untuk dua beg. Sampai sahaja di rumah lebih kurang pukul 12 malam. Saya dan may memang tak sabar nak tunggu esok. Kami pun membelah beberapa biji durian dan makan sampai puas. Malam nya pukul 2 pagi satu badan saya terasa panas, peluh keluar seluruh badan, sampai kepala saya pun basah dek peluh. Saya set aircond ke 16, badan saya masih panas. Lebih kurang pukul 3 pagi baru saya tertidur. Rupanya May juga mengalami 'kepanasan terlampau' malam tu. May bangun pukul 1.30 pagi mandi baru dia boleh tidur, itupun selepas set aircond ke 20. Besoknya hari khamis saya menceritakan hal panas badan ni dengan dino, dia boleh kata 'itulah.. pergi cari durian tak ajak, padan muka'
Ingat kami serik?? tidak.. Hari Khamis tu, balik sahaja kerja durianlah yang kami cari dahulu.

Besok Sabtu, saya dan May akan ke JB. Ada wedding to attend. Kalau sempat nak cari durian juga =)

0 Comments:

Post a Comment