Wednesday, August 13, 2008

Teringat Lawak bodoh..

Pada 11 January 2008, saya telah bersetuju keluar 'date' dengan Dino. Dino begitu gembira dengan persetujuan saya dan sebagai tanda terima kasih dia telah menghadiahkan saya seutas jam tangan yang dibawanya siap2 dari rumah. Orang memberi, saya terima sahaja lah. Saya membawa balik jam itu dan terus menyimpannya.

Kisahnya bermula bila saya tiba2 teragak untuk memakai jam yang yang Dino hadiahkan itu. Tapi sayang.. bila nak pakai jam tu tidak bergerak (jam mati..) Secara kebetulan hari itu (Sabtu 10 hb May 08) saya telah berjanji dengan kawan baik saya zana untuk shopping bersama. Saya pun membawa jam yang kononnya mati itu untuk ditukar batteri baru.

Sampai sahaja di Sungei Wang, saya mengajak zana singgah di kedai jam lalu saya berikan jam itu kepada 'apek' dan meminta dia menukar batteri baru. Apek itu apa lagi, teruslah dibuka nya jam tu, tiba2 muka apek itu berubah lalu memandang kami berdua dan terus bertanya;

Apek : ini jam apa hal?

Saya : takda apa hal, tukar saja batteri oklah

Apek : *tepuk dahi* aiyaa.. ini jam libu2 woo.. mana ada guna bately

Zana : *muka pelik* abis tu tak guna batteri guna apa tauke?

Apek : ini jam ikut ladi looo

Zana : haaaahh!!??? LADI ...!!???

Saya : *siku zana* ladi tu nadi kot?

Zana : *gelak* hahahaha hang paham Na?

Saya : agak nya lah

Apek : ini jam kena selalu pakai baru tatak mati..

Saya : *ambil jam tu* ohhh.. takper tauke, thank you.

Zana & Saya : hahahahahahahahahahaha *seminggu gelak tak abis sbb teringatkan kebodohan diri sendiri*
Tetapi Zana sampai sekarang tidak mengaku terlibat dengan lawak bodoh ni. Dia masih menyalahkan saya kerana tak tahu menghargai dan menilai pemberian orang.. hahahhahaha


muahsss

2 Comments:

  1. Anonymous said...
    Siapa yang nak mengaku..seperti yang telah dikatakan banyak kali.. AKU TIDAK TERLIBAT. Nasib baik dino tak tau hal ni kan? memang lawak gila masa tu!
    Aku Yang Weird said...
    hahahahahaa
    dino pun tak pernah tanya pasal jam tu zana..nasib baik! 4 bulan disimpan baru teragak nak pakai.. giler kan?

Post a Comment