Thursday, October 30, 2008

F1 Sao Paulo, Brazil!

Alhamdulillah, majlis convocation sudah selesai.. [akhirnya berjaya jugak saya menjadi salah seorang "Pemegang Ijazah Sarjana" atau dlm nama lain nya 'MASTER'] Selepas majlis convocation, suami saya mencadangkan supaya kami pergi Brazil untuk menyaksikan FI di Sao Paulo. Suami saya ni memang peminat no 1 FI. Masalahnya, nak balik nanti.. tiada flight direct dari Sao Paulo ke Kuala Lumpur. Kami akan singgah di Beunos Aires dan dari situ baru kami balik ke Kuala Lumpur. (lebih kurang 2 hari di dalam kapalterbang!!) Larat ke saya ni?? *dalam kepala dah terbayang betapa penatnya*

Flight ke Sao Paulo lagi 2 jam dari sekarang. Nak pergi isi perut dulu, nanti ada masa update lagi!

Lotes de amor!

Friday, October 24, 2008

Sales lagi..

Pada 24hb October, ternampak banner Sales Metrojaya yang di pasang berhampiran Stadium Melawati Shah Alam. Saya dan seorang rakan telah keluar dari office tepat jam 11.30 pagi. Setibanya kami di situ, saya lihat memang telah ramai manusia yang gilakan sales! Sales kali ini memang gila-gila pun!! discount sampai 70%. Memang wajar tindakan Metrojaya mengadakan sales di dalam Stadium. Keselesaan pengunjung memang perlu diutamakan. Perkara penting bila sales ni ialah masalah parking. Kali ini parking memang tiada masalah.

Saya terus ke bahagian Cosmetic dan perfume. Apa lagi saya memborong beberapa jenis perfume. Harga dari RM60 - RM180. Kemudian saya ke bahagian beg tangan, membeli sebuah beg tangan warna hitam yang ada discount 70% (comel sangat2). Habis duit!


Kawan saya terus ke bahagian cadar. Beliau membeli 2 set cadar complete dengan comforter. [bayangkan lah betapa gilanya dia!!]

Kami masuk ke office semula jam 2.10 petang. Itupun saya memikirkan saya belum solat zohor lagi, dan saya kena pergi meeting jam 3 petang di Sek. 16, Petaling Jaya. Kalau tak.. entahlah, mahu sampai jam 5 petang kami dalam stadium tu agaknya!



Wednesday, October 15, 2008

New Mini


Pagi pagi Ahad (12/10/08) yang lalu, saya dikejutkan oleh May yang mengatakan suami saya menunggu saya di porch. Saya terperanjat melihat sebuah kereta Mini biru di tempat parking. Suami terus memberikan saya kunci kereta itu, katanya hadiah perkahwinan kami.. Tidak ada perkataan lain yang keluar dari mulut saya, selain dari ucapan terima kasih yang tidak berhenti2. Saya tidak pernah mengharapkan apa2 dari suami, tetapi dia memberitahu yang dia memang telah lama berniat untuk menghadiahkan kereta itu kepada saya.

Saya tidak mahu nanti dikata oleh mertua mahupun ipar duai sebagai mengambil kesempatan dengan kebaikan suami. Mendapat suami yang baik, penyabar & penyayang adalah segala2nya bagi saya sekarang ini.

Inilah anugerah Allah kepada saya setelah terlalu banyak dugaan hidup saya tempuhi sebelum ini. Saya akan sentiasa bersyukur kepada Nya atas apa yang diberikan kepada saya hari ini. Semuga kebahagian kami ini akan berkekalan selamanya. AMIN



Tuesday, October 7, 2008

Jiran Baru

Tiga minggu sebelum menyambut Ramadan saya melihat ada satu keluarga yang agak besar berpindah ke kawasan kediaman saya. Saya bekenalan dengan seorang wanita yang agak sudah berumur tapi masih kelihatan anggun. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Aunty dan suaminya sbg Uncle kepada saya. Beliau juga sempat bertanya status saya. Saya memberitahu Aunty yang saya telah bernikah, majlis persandingan akan dilangsungkan pada bulan December ini. Suami saya base di Miri cuma balik sesekali sahaja. Saya dan May membelikan mereka 2 carton air mineral pada hari itu.


Kemudian saya dan May sibuk dengan urusan seharian dan terlupa dengan kehadiran jiran baru saya di situ. Selepas 2 minggu berpuasa jiran baru itu menjemput kami berbuka puasa bersama di kediaman mereka. Masa itu cuma kami empat orang sahaja yang berbuka di situ. Sebelum saya bertanya Aunty telah telebih dahulu menerangkan yang anak2 mereka tidak dapat bersama pada hari itu.


Pada hari raya ke 3 iaitu hari Jumaat ketika saya dan suami berehat di rumah, pembantu rumah memberitahu jiran saya mengajak suami pergi sembahyang Jumaat bersama. Selepas sembahyang, suami menyampaikan hajat jiran iaitu menjemput kami beraya dirumah mereka. Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam rumahnya, saya terpandang ada satu gambar yang saya rasa baru sahaja di letakkan disitu. Gambar Uncle sedang menerima pingat dari DYMM Yang Dipertuan Agong. Saya terus bertanya kepada suami 'Uncle ni Datuk ke?' Suami menjawab 'i have no idea'.


Selepas makan, kami berbual.. Aunty memberitahu kami, mereka mempunyai 4 orang anak, kesemuanya telah bekeluarga dan beliau mempunyai seramai 8 orang cucu. Uncle juga memberitau beliau memilih untuk hidup berdua sahaja di kediaman itu. Sebulan sekali mereka anak beranak akan berkumpul di kediaman itu. Suami saya akhirnya bertanyakan perihal gambar itu, Uncle memberitahu kami yang beliau adalah seorang Datuk Seri, tetapi lebih suka di panggil Uncle oleh kami. Kami secara rasminya bekenalan pada hari itu. Sayang sekali hari Jumaat tu May belum balik dari Penang. Mereka mengucapkan syukur berkali2 kerana berjiran dengan kami yang dikatakannya mempunyai Profession yang bagus. Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana mendapat jiran sebaik mereka.

Wednesday, September 24, 2008

Salad Paling Mudah

Harini sudah 25 hari kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Setiap hari dibulan Ramadan ini saya dan May akan masak sendiri untuk berbuka puasa dan makan malam. Hari2 mesti call each other untuk tanya soalan yang sama 'what to cook for today ya'?.

Tengahari semalam saya sempat ke Giant untuk mencari kurma lagi. Tiba2 terlintas di fikiran untuk buat salad sebagai salah satu hidangan makan malam kami. Apa lagi, saya pun mulalah mencari bahan untuk dibuat salad.

Bahan bahan :

Daun Salad
Timun
Tomato
Telur Ayam
Anggur
Thousand Island atau Sos Cili


Salad yang sudah siap =)

Wednesday, September 17, 2008

Mother board sudah kong

Seminggu yang lepas, saya nak guna pc di rumah untuk surf, bila on takda apa2 yang keluar di monitor. Keesokan harinya saya telah menghantar pc itu ke kedai. Cina tu kata mother board rosak. aduih.. kena tunggu 3-4 minggu, sbb mother board tu baru lagi, tak sampai setahun pun. (nasib.. selamat duit!! nak raya ni, tak pepasal pulak nak buang duit)

Pc office memang laju, tapi kat office langsung tak ada masa nak buat benda2 lain. Sebab itu lama tak update blog, nak guna note book, slow gila. Hari ni tangan gatal nak update jugak. Maka saya terpaksa lah menggunakan notebook. Slow memang slow, terutama bila nak upload gambar walaupun guna broadband.


Tuesday, September 2, 2008

Merdeka 2008



Setiap tahun saya dan rakan2 menyambut malam Merdeka 'ada ada' sahaja. Tapi tahun ini saya tidak tahu dimana silapnya, kami semua telah pergi ke Genting Highlands untuk menyambut merdeka.. (mungkin sebab cuti panjang) dah tua2 begini masih nak buat benda2 yang tidak masuk akal. Saya dan rakan2 telah bertolak ke Genting tepat jam 9 malam. Sambutan di Genting boleh dikatakan not bad juga. Sebelum itu pengunjung di hiburkan oleh beberapa orang artis Malaysia. Saya cuma tahu Aznil dan Dafi sahaja. Anak2 saudara saya memang minat habis kat Dafi. Ini terbukti apabila saya menunjukkan gambar Dafi kepada mereka. Melompat2 mereka marahkan saya kerana pergi 'jumpa' Dafi tanpa mereka.. hahahahaa



Tepat jam 12 malam pertunjukan bunga api yang betul2 di atas kepala kami. Apa lagi, riuh rendahlah manusia di Genting malam itu. Tepat 4 pagi kami turun dari Genting dan sampai rumah pada 6 pagi. Penat memang lah penat, tapi sejak May balik Malaysia ni, macam2 aktiviti gila yang kami lakukan.




Ahad tu pula saya dan keluarga saya ada urusan di Nilai. Bayangkan, sebaik sahaja sampai di rumah saya terus mandi dan nap seketika kerana jam 9 pagi saya ke Nilai. Balik semula ke Shah Alam pada pukul 7 malam. Letihnya tak usah cakap lah. Malam itu selepas diumumkan yang esok harinya berpuasa, saya dan May turun memasak. Kemudian terus tido.. nasib baik tak terlajak bersahur..


10pagi.. gelap nak hujan!



On the way balik Shah Alam

Monday, September 1, 2008

Avril oh Arvil


Bila mendapat tahu concert beliau akan dibatalkan, sayalah orang yang paling hangin!! Mahunya tidak, sudahlah susah2 saya meminta kawan saya Mike mencarikan saya tiket yang berharga RM300++.. senang2 jer nak dibatalkan. Kononnya Concert Arvil Lavigne bertentangan dengan nilai dan norma budaya masyarakat Malaysia. Apatah lagi, Arvil Lavigne dikatakan tidak sesuai dijadikan sebagai contoh ikutan yang baik. Kenapalah cetek sangat pengetahuan mereka ya? Kita orang Malaysia ni bukannya main ikut jer.. yang tak baik buat apa diikut..

Walaupun Arvil Lavigne bukan idol saya, saya tetap mahu menonton concertnya kerana menonton Concert International Star memang menjadi salah satu hobi saya sejak dulu lagi!

Seperti biasalahkan... setiap concert mesti ada cacat celanya.. (walaubagaimana tip top pun..) Rata2 akhbar menyiarkan review yang 'ada-ada' sahaja. Bagi saya Arvil tetap rock!!!





You rock girl...........

Sunday, August 24, 2008

Malam Santapan Amal

Pada hari Sabtu yang lepas saya mendapat undangan untuk menghadiri Majlis Santapan Malam Amal Seni Diraja yang dianjurkan oleh 'Bumiputra Designers Association' bertujuan untuk mengutip dana bagi Yayasan Dunia Melayu yang belangsung di One World Hotel One Utama. Saya pada mulanya memang tidak berminat untuk menghadiri majlis2 rasmi seperti ini tapi kawan baik saya May, beriya2 mengajak saya pun pergi lah juga.

Majlis ini dihadiri oleh hampir semua Sultanah2 dan Puteri2 Raja yang ada di Malaysia. Turut mencemar duli ialah DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Pengacara Majlis malam itu ialah Mahathir Lokman (tak tau bila dia ni dapat Dato'.. ampun tok!!)

Seperti majlis makan malam yang biasa, beberapa orang artis menghiburkan tetamu pada malam itu. Antara yang menarik perhatian saya ialah kehadiran NUBHAN. Beliau berjaya membuatkan kesemua tetamu yang hadir 'diam terkedu' mendengar kemerduan suaranya. (saya memang susah nak puji penyanyi tempatan, tapi saya akur dengan kehebatan beliau malam itu) Sayang saya tidak membawa camera. Saya ada dapat email beberapa gambar majlis pada malam itu.


Smart Tag yang tak Smart..

Hari Jumaat lepas saya melalui Plaza Tol USJ diwaktu puncak.. iaitu 8.20pagi. Saya perlu menghadiri satu meeting di Bdr Baru Nilai. Tiba sahaja di plaza tol, jalan sesak semacam. Dalam hati kata 'takkan lorong smart tag pun jem'. Rupa2nya kedua2 lorong smart tag yang ada di plaza tol USJ tidak berfungsi. Terpaksa lah bersesak2 di lorong 'Touch and Go'. Persoalannya, mengapa kedua2 lorong tu rosak serentak? ish.. geramnyaaa.. rasanya istilah SMART TAG tidak boleh diguna pakai lagi. Saya mencadangkan nama nya ditukar ker PROBLEM TAG!!

Wednesday, August 13, 2008

Teringat Lawak bodoh..

Pada 11 January 2008, saya telah bersetuju keluar 'date' dengan Dino. Dino begitu gembira dengan persetujuan saya dan sebagai tanda terima kasih dia telah menghadiahkan saya seutas jam tangan yang dibawanya siap2 dari rumah. Orang memberi, saya terima sahaja lah. Saya membawa balik jam itu dan terus menyimpannya.

Kisahnya bermula bila saya tiba2 teragak untuk memakai jam yang yang Dino hadiahkan itu. Tapi sayang.. bila nak pakai jam tu tidak bergerak (jam mati..) Secara kebetulan hari itu (Sabtu 10 hb May 08) saya telah berjanji dengan kawan baik saya zana untuk shopping bersama. Saya pun membawa jam yang kononnya mati itu untuk ditukar batteri baru.

Sampai sahaja di Sungei Wang, saya mengajak zana singgah di kedai jam lalu saya berikan jam itu kepada 'apek' dan meminta dia menukar batteri baru. Apek itu apa lagi, teruslah dibuka nya jam tu, tiba2 muka apek itu berubah lalu memandang kami berdua dan terus bertanya;

Apek : ini jam apa hal?

Saya : takda apa hal, tukar saja batteri oklah

Apek : *tepuk dahi* aiyaa.. ini jam libu2 woo.. mana ada guna bately

Zana : *muka pelik* abis tu tak guna batteri guna apa tauke?

Apek : ini jam ikut ladi looo

Zana : haaaahh!!??? LADI ...!!???

Saya : *siku zana* ladi tu nadi kot?

Zana : *gelak* hahahaha hang paham Na?

Saya : agak nya lah

Apek : ini jam kena selalu pakai baru tatak mati..

Saya : *ambil jam tu* ohhh.. takper tauke, thank you.

Zana & Saya : hahahahahahahahahahaha *seminggu gelak tak abis sbb teringatkan kebodohan diri sendiri*
Tetapi Zana sampai sekarang tidak mengaku terlibat dengan lawak bodoh ni. Dia masih menyalahkan saya kerana tak tahu menghargai dan menilai pemberian orang.. hahahhahaha


muahsss

Monday, August 11, 2008

Jangan Kerja Kuat Sangat

Semalam adalah hari yang paling sibuk dengan kerja..(hari2 pun sibuk!) Walaupun YM ON, tapi saya memilih untuk 'Invisible to Everyone'. Nanti tak reply msg kata kita sombong pulak.. tapi saya betul2 sibuk sekarang ni dan saya tidak mahu diganggu oleh sapa2 sahaja. Tiba2 ada notify email masuk.. Saya pun terus membaca email yang Faheera fwdkan. Ada satu gambar yang benar2 membuatkan saya 'tersentuh'


hehehehehe

Friday, August 8, 2008

Hari makan

Harini Jumaat (8/8/08), Sukan Olympic bermula dengan rasminya. Harap2 Malaysia membawa balik sebutir dua pingat emas. Bagi saya memang susah atlit Malaysia nak menang.. mungkin sebab itu lah kerajaan bersetuju menawarkan RM1 juta bagi setiap 1 pingat emas. Ahhh biarkan lah luncai terjun dengan labu nya.. biarkan..biarkan.

Harini office dilimpahi dengan makanan. Masuk sahaja office pagi ni saya dapati berpeket2 nasi lemak berbungkus daun pisang di pantry. Salah seorang staff memberitahu ada orang sedekah nasi lemak tu, saya pun makan lah tanpa was2. Orang tua2 kata rezeki jangan ditolak kan?

Tepat 12.30 hari pula 5 kotak pizza pelbagai rasa sampai di office, selidik punya selidik ada client yang baik hati telah menghantar pizza2 itu ke office saya. Alhamdulillah, murah lah rezeki mu wahai client yang baik hati. Apa lagi, kami pun makan lah pizza2 tu sampai kenyang.. alangkah bahagianya kalau hari2 begini, tak payah keluar makan.

Monday, August 4, 2008

Sakit lagi..

Tak tahu mana silapnya, tengahari semalam saya makan Nasi Chop di Giant Sec 13. Petangnya pula lebih kurang pukul 4 petang Niena masuk office dan bawa 1 paket jambu. Dia offer jambu tu dan saya makan 1 potong sahaja. Selepas itu saya cuma minum Nes O.

Seperti biasa tepat 6.30 petang saya sampai di rumah, selepas mandi saya rasa tekak mual kepala pening semacam dan dunia rasa berpusing 360 darjah!. Saya baring, dan meminta setengah gelas air coke dari maid untuk mengeluarkan angin di dalam badan (doctor yg advice benda ni) Saya terus berbaring dan tertidur sehingga 8 malam. Bangun solat, dan makan 2 keping roti. Makan 2 biji panadol dan baring semula. Perut pula rasa tak sedap, saya mula masuk toilet 3-4x. Lebih kurang 8.30 malam May sampai rumah, May suruh maid urut belakang saya untuk keluarkan angin kemudian May masuk bilik air untuk mandi.

Tiba2 rasa mual yang teramat sangat dan saya terus berlari ke bilik air.. apa lagi... buuuweekkk.. semuanya keluar.. nasi chop, jambu & roti beserta air coke! May terus bawa saya ke klinik. Doctor bagi satu hari MC, tapi bangun pagi ni rasa ok pulak. Cancel lah MC sebab kerja memang berlambak2 sekarang ni. Ada beberapa mahluk tuhan yang tidak perduli dengan fail tax mereka, dan tidak pernah declare income sejak tahun 1996! Bila sudah kena tahan di airport, baru kalut cari tax agent! Buat lah selalu.. i likeee.. hahaha



Minuman hari ni cuma teh O pekat.

Sunday, August 3, 2008

Johor satu perjalanan..

Hari Sabtu yang lepas adalah hari persandingan kawan saya Sue di Johor Bharu. Dulu saya dan Sue pernah bekerja dalam satu company yang sama. Saya memilih untuk memandu ke JB, walaupun pada mulanya May syorkan supaya kami menaiki bas express ke JB. Seawal 8.30 pagi kami telah keluar dari rumah. Berhenti seketika di R&R Air Keroh dan di situ saya telah berjumpa dengan beberapa ex office mate saya. Mereka juga dalam perjalanan ke JB untuk menghadiri majlis persandingan Sue.

Selepas berehat dan mengisi minyak di situ May pula mengambil alih tugas memandu sehingga sampai di JB. Pada mulanya May hanya mengikuti kereta rakan2 yang lain, sehinggalah sebuah kereta yang sama jenis dengan kereta saya memotong konvoi kami dengan sangat laju. Salah seorang dari rakan saya menalipon saya dan berkata, "apa lagi.. dia 320i jer u all 325i, takkan tak boleh kejar kot..?" Saya beritahu May apa yang rakan saya suruh. May dengan tidak berlegah2 lagi terus memecut dan mengikuti rapat kereta itu. Saya bertanya pada May "May, kalau apa2 jadi kat kita, rasa2nya ada orang yang akan nangis tak?" May terdian dan terus memperlahankan pemanduannya, menunggu rakan2 saya yang lain, tetapi langsung tidak nampak bayang mereka. Saya mencadangkan pada May supaya teruskan sahaja perjalanan, tak perlu tunggu mereka. Selepas itu saya tertidur sehinggalah sampai di JB.

May kejutkan saya bertanya bagaimana nak pergi ke Dewan Jubli Intan.. dlm hati kata "ahh sudah..dia ni". Ketika itu saya nampak Perhentian bas untuk ke Singapore. Saya suruh dia berhentikan kereta dan saya pun bertanya pada salah seorang pemandu teksi. Dia memberitahu "ikut lane tengah ni, sampai ke tepi laut, ikut sahaja jalan tepi laut tu hingga sampai ke lampu isyarat dan masuk kanan, kat situlah dewan Jubli Intan, sebelah Wisma Persekutuan" Saya mengucapkan terima kasih kepada Pemandu Teksi tu (jasa mu di kenang!). Akhirnya tepat 1.30 tengahari kami pun sampai di dewan. Yang menghairankan, rakan2 yang sama2 berhenti di Air Keroh tadi, sedang menikmati nasi minyak Sue!!.. saya tak tahu lah sudah berapa lama May berpusing bandar JB! hahahaha. Tepat pukul 2 petang, pasangan pengantin memasuki dewan.



Kemudian kami terus ke Hotel Bluewave. Selepas check in terus masuk bilik dan tidur. Sempat mengambil gambar kenderaan yang berderet2 menuju ke Singapore dari bilik di tingkat 10.

Lebih kurang pukul 5 petang kami telah pergi ke The Zon yang menempatkan pelbagai kedai Duty Free.

Pada pendapat saya barang2 yang dijual disini tidaklah berapa murah berbanding dengan Langkawi ataupun Labuan.

Selepas makan malam disebuah restaurant di situ, kami pun balik ke hotel. Lebih kurang pukul 10 malam kami keluar lagi untuk melihat dan menikmati 'kehidupan malam' di JB, dan balik semula ke hotel pada pukul 1pagi.



Keesokan harinya selepas bersarapan di hotel, kami pun mengemaskan barang2 dan check out. Masa untuk balik semula ke Shah Alam. Saya memandu balik sehingga Air Keroh dan selepas itu May pula mengambil alih sehinggalah sampai rumah. Alhamdulillah kami sampai di rumah dengan selamat.

Friday, August 1, 2008

Durian oh durian

Minggu ni memang minggu yang sibuk dengan kerja, langsung tak sempat nak update blog. Idea memang banyak, tapi masa tidak mengizinkan.


Durian yang Dino bawa balik



Hari Ahad yang lepas saya, May, Zana dan Darkie telah pergi ke Kelang untuk mencari durian. Dengan meminjam 'Storm' bapa Zana, tepat pukul 3 petang kami ke Meru, memang banyak durian di sana. Apa lagi kami pun memborong sampai tak ingat dunia. Selagi terdaya kami sumbat durian dalam 'Storm' tu. Sempat juga saya menghantar 7-8 biji durian ke rumah kakak saya di sec 2. Saya tahu anak2 saudara saya semuanya 'hantu durian' Sampai rumah lebih kurang pukul 7 petang. Lepas makan malam saya dan May mulalah makan durian2 tu, semasa makan baru teringat nak ajak dino. Lebih kurang 9 malam dino sampai. Saya dan May sekali lagi 'temankan' dino makan durian. Maid saya pun pelik tengok saya dan May makan durian macam sebelum ni tak pernah jumpa durian.. Dino bawa balik 4 biji durian. Lewat malam saya dan May keluar untuk menyejukan badan di MCD S.Alam.

Balik kerja petang Isnin tu saya dan May terus pergi dapur, belah durian.. makan lagi sampai abis durian tu.. Ya Allah.. apa nak jadi dengan kita orang ni ntah lah.

Pada Rabu saya kerja seperti biasa, sibuk dengan kerja2 yang bertimbun2. Malam pula saya dan kawan2 ada sessi meluahkan perasaan. Dulu, sebelum ita kawin, sessi ni sebulan sekali. Sejak 'leader' dah kawin, belum ada satu sessi pun lagi. Sessi ni bertujuan untuk berkongsi apa juga masalah, tak kisahlah keluarga, kerja ataupun personal. Sessi malam ni lebih kepada masalah kerja dan melepaskan semua yang terbuku di dada. Port baru di MCD S.Alam. Saya akui selepas sessi ini selesai, kepala otak memang lapang selapang2nya. Kemudian kami akan berborak2 dan ketawa2 macam tidak pernah ada masalah. Sebelum balik zana sekali lagi mengajak saya, May dan Darkie pergi mencari durian. Saya bertanya pada zana 'it's 10pm now, mana ada org jual durian lagi?' Zana menjawab 'My father kata kat Puchong Perdana berlambak2 durian, u all ikut jer' Saya dan May terus ikut zana, darkie kena balik sebab pagi esoknya dia ada site meeting di Melaka.

Memang murah durian di sana. Satu beg plastik yang besar tu cuma RM10. May mula lah tamak dia kata '1 beg mana cukup, atleast 2 beg' Kami pun memilih durian2 yang elok dan membayar RM20 untuk dua beg. Sampai sahaja di rumah lebih kurang pukul 12 malam. Saya dan may memang tak sabar nak tunggu esok. Kami pun membelah beberapa biji durian dan makan sampai puas. Malam nya pukul 2 pagi satu badan saya terasa panas, peluh keluar seluruh badan, sampai kepala saya pun basah dek peluh. Saya set aircond ke 16, badan saya masih panas. Lebih kurang pukul 3 pagi baru saya tertidur. Rupanya May juga mengalami 'kepanasan terlampau' malam tu. May bangun pukul 1.30 pagi mandi baru dia boleh tidur, itupun selepas set aircond ke 20. Besoknya hari khamis saya menceritakan hal panas badan ni dengan dino, dia boleh kata 'itulah.. pergi cari durian tak ajak, padan muka'
Ingat kami serik?? tidak.. Hari Khamis tu, balik sahaja kerja durianlah yang kami cari dahulu.

Besok Sabtu, saya dan May akan ke JB. Ada wedding to attend. Kalau sempat nak cari durian juga =)

Friday, July 25, 2008

Hangin Satu Badan..


Dengan badan yang belum berapa sihat, hari ini seawal 9.30 pagi saya sudah sampai di Cyber Jaya. Walaupun ini kali ke dua saya meeting di Cyber Jaya, saya masih tercari2juga bangunan yang hendak di tuju. Saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar untuk simpan di blog.



Selesai sahaja meeting saya terus ke office, masa tu lebih kurang pukul 12 tengahari. Disebabkan saya ada banyak lagi file yang lebih complicated dan client ni pulak mahukan file itu selewat2nya hari Jumaat minggu depan, saya pasti saya tidak punya masa untuk menyiapkan file baru ni in time. Saya memanggil salah seorang staff di bahagian saya untuk saya berikan file yang baru saya perolehi hari ini. Staff saya boleh jawab "Cik, saya rasa saya tidak boleh siapkan file ni minggu hadapan" dan saya terus bertanya kenapa.

Staff : Saya baru nak minta cuti selama 3 hari minggu hadapan
Saya : Kenapa baru harini bagi tahu?
Staff : Begini Cik, tunang saya ada operation hari Isnin ni, dan saya kena jaga dia di hospital.
Saya : *hangin* kenapa awak pulak yang nak jaga dia? dia takda mak bapak? takda adik beradik lain ker?
Staff : Ada, tapi tunang saya mahukan saya menjaga dia selama 3 hari dia di wad
Saya : *terus temperature naik mendadak* Saya takda kena mengena dengan tunang awak, awak kerja dengan saya, bukan tunang awak yg kerja. Lagi pun awak under probation, mana boleh cuti sesuka hati?
Staff : *diam*
Saya : take this file and give me latest by Thursday
Staff : *ambil file dan keluar dari bilik*

Persoalannya, adakah saya terlalu garang dan tidak bertimbangrasa? atau staff saya tu awal2 dah kena queen control? Malas nak layan.. Keja saya pun bertimbun2 sampai demam2 dan saya bawa balik rumah untuk disiapkan, tak pernah nak complaint pun.

Wednesday, July 23, 2008

Demam..

Pagi Selasa yang lepas, saya drive lagi ke Ipoh..seperti biasa saya balik pada hari yang sama. Pagi semalam pula saya ada meeting di Jalan Ampang KL.



View dari OSK Building, Jalan Ampang


Masuk office dalam pukul 12.30 thari. Saya cuba untuk menghabiskan beberapa file yang bertimbun2 di atas meja sehinggalah saya lupa untuk makan tengah hari. Dalam pukul 4 petang saya rasa tidak sedap badan, rasa mual semacam jer. Saya terus ke pantry, buat milo dan makan beberapa keping biskut. Kemudian sambung semula kerja hingga pukul 6 petang. Sampai rumah pun dah agak lewat. Selepas magrib, saya turun makan.. makan apa sahaja yang maid masak. Lebih kurang pukul 9 malam saya masuk bilik dan tidur.


Saya tersedar pukul 11.30 malam sebab badan mula rasa sejuk semacam, bila tarik comforter rasa panas pulak. Buka mini fridge dan cari Panadol. Huh.. nasib baik ada.. Makan ubat dan sambung tido. Pagi ni lebih kurang pukul 6.10 pagi saya terjaga. Dengan kepala yang berat saya kuatkan diri, masuk bilik air, ambil wuduk & solat. Kemudian dengan telekung yang masih di badan, saya berbaring semula.. bila tersedar sudah 8 pagi. Bangun..mandi & bersiap2 untuk pergi kerja. Sebelum tu sempat buat milo & makan 2 keping roti bakar.

Sekarang ni dah 10.40 pagi.. kepala masih berat.. ada banyak lagi file yang belum diusik. Tak tau nak buat macam mana, nak buat kerja pun rasa tak larat, ingat nak pergi doctor, tapi malas nak keluar.

Harapan saya semuga harini berlalu dengan cepat..

Monday, July 21, 2008

Betul ker begini?

Lagi beberapa hari sahaja genap lah setahun saya tidak menghubungi beliau. Sejak dari hari itu saya berazam untuk tidak menghubungi nya lagi, biarlah yang lepas itu menjadi sejarah. Setahun jugalah saya mengharapkan beliau menghubungi saya untuk bertanya bagaimana caranya dia boleh membayar balik wang yang dipinjam dari saya, tapi hampa. Nampaknya beliau benar2 mahu melupakan segala2nya tentang saya. Tidak bagi saya.. antara kami masih ada perkara yang yang belum selesai.

Harini, saya nekad menaip email kepada dia. Saya pastikan email saya kali ini straight to the point. Walaupun peluang saya cuma 50-50, tapi dengan cara ini sekurang2nya beliau tahu yang istilah 'pinjam itu tetap pinjam' Persoalannya sekarang, adakah beliau akan membayar semula yang yang dipinjamnya dari saya setahun yang lalu? Terserah, saya telah menjalankan tugas dengan mengingatkan nya. Nanti jangan kata 'oh.. dia tak minta balik, buat apa nak pulangkan'


Saturday, July 19, 2008

Mari Memasak

Ahad, 30 July 2008. Disebabkan semalam saya masih berada di Singapore, maka hari ini (Ahad) saya pergi ke pasar basah di Sec. 24. May awal2 dah bagi tau yang dia nak ikut saya ke pasar harini, so pembantu rumah dok kat rumah buat kerja kerja yang lain.

Seawal 7 pagi saya dan May telah sampai di pasar. Apabila sampai di sebuah gerai yang menjual sayur-sayuran, saya terdengar perbualan seorang Makcik dan peniaga gerai tu. Saya rasa Makcik ni mesti salah seorang regular customer di gerai tu. Peniaga bertanyakan makcik tu "hai kak, takkan cukup dua jer mangga muda ni" Makcik tu menjawab "dua cukuplah, akak tinggal berdua jer dengan suami akak, lagi pun akak nak campurkan mangga ni dalam Gulai Lemak Ikan Tenggiri” May cuit pinggang saya dan berbisik "Na, hang tanya makcik tu camner nak masak gulai lemak ikan tenggiri dengan mangga tu” Saya pun dengan selamba bertanya " Hi Kak, boleh ajar saya masak ikan tenggiri + mangga?" Makcik tu pun segera menjawab "ish, kamu ni, akak pulak, makcik lah" sambil tersenyum. Saya jawab "sama jer, makcik atau akak, lagipun makcik nampak muda lagi” intro tu.. ayat kena susun baik2.. hahahaha. Makcik tu pun mengajar saya dengan May cara2 memasaknya.

Masak Lemak Ikan Tenggiri + Mangga Muda



Ps: Maaf, lepas makan baru teringat nak ambil gambar!

Bahan-bahan

1. 2 atau 3 potong ikan tenggiri
2. 2-3 biji mangga muda
3. 10-15 biji cili api
4. Kunyit hidup (makcik tu kata sebesar ibu jari) agak2 lah
5. Santan segar, 1 paket.
6. Garam sekucup rasa

Cara memasak

1. Masukkan cili dng kunyit & blend (campur lah air)
2. Masukkan dlm periuk, campur santan & sedikit air, sedikit garam dan masak hingga mendidih (api hendaklah perlahan jer, jng lupa kacau, takut naik minyak pulak, tak sedap!)
3. masukkan ikan, kacau lagi lepas 5 min masukkan mangga yg telah di hiris halus2 dalam gulai tu, kacau lagi 5-6 minit.. Angkat… taraaa.. dah siap!



Menu harini memang simple, tapi best.

Selain dari itu, saya juga masak Ayam Masak Merah + Tomato dan Sayur Kobis Goreng

Kejutan yang tak jadi ..

Setelah 4 hari di Singapore, hari ini tepat 12.45pm saya menaiki flight SQ108 dari Singapore balik ke Kuala Lumpur. Di KLIA May sudah tunggu saya di luar terminal.



Sampai sahaja saya di rumah, saya begitu terkejut bila melihat sebuah kereta Jazz putih parking di dalam perkarangan rumah saya. Ingatkan kereta Zana, tapi jazz zana warna hitam.

Saya : kereta sapa ni May?
May : i found this car outside there and ada kunci lagi, so i bawa lah balik
Saya : serious? u r kidding rite?
May : betul lah, im not tipu
Saya : May, hang jng main2
May : memang betul, lepas lunch ni kita p round dengan kereta tu ya?
Saya : lantak hang lah May, Im hungry now, u masak or not?
May : Yup, go sembahyang 1st, then we can makan

Saya pun naik, mandi, solat n turun makan.

Lepas makan, May ajak pergi MPH Summit. May bagi kunci dan suruh saya drive kereta tu. Sampai half way May tanya 'hang tak takut ker drive kereta jumpa ni Na'? Saya pun jawab 'eleh, nak takut apa, ni kan kereta hang'? Saya dan May terus gelak besar... hahahahaha ingat nak kena kan orang ya?? sorry lah May. Orang lain hang boleh tipu, u cant tipu me.. hahaha.. lol

Monday, July 14, 2008

Biarkanlah Mereka..


Lately ni banyak sangat dengar cerita pasal sipolan bergambar berdua dengan sipolan, bercuti berdua, pergi shopping dengan bf ataupun sipolan berpakaian sexy. Bila gambar dah tersebar di internet, baru terduduk. Manusia kat luar tu suka sangat menjaga tepi kain orang. Mungkin bagi tuan empunya diri benda yang sebegini tidak sedikit pun menjadi hal, tapi masalahnya bagaimana kalau ibu bapa mereka melihat sendiri gambar2 tu?? Sebagai seorang anak, tidak kah mereka rasa bersalah? Sanggup kah mereka membuat kedua ibu bapa mereka juga terduduk?

Salah dia orang jugak, ghairah sangat meng-upload gambar di internet spt di Myspace, Facebook maupun Friendster. Sekarang ni di Malaysia sudah ada yang sanggup menjadi Paparazzi mencuri2 mengambil gambar2 artis dan kemudianya di upload ke laman2 web gosip yang berlambak2 di internet. Itu bagi artis lah, tapi yang peliknya tak artis pun dengan rela hati meng-upload gambar2 mereka yang agak "xx" ke MS, FS maupun FB. Jangan terkejut bila esok atau lusa gambar2 itu akan di curi dan di upload pula ke laman web yang lebih "xx" juga..!!

Saya pun pergi bercuti dengan kawan2 jugak, bergambar jugak dng kawan2 lelaki, bercanda di pasiran pantai jugak, tapi tidak seorang pun kawan2 saya yg upload gambar2 tu di internet. Kita kena tahu dengan siapa kita berkawan, kenal bertahun tidak semestinya kita kenal hati budi mereka. Biar kurang kawan, daripada ramai kawan tapi kawan yang makan kawan.

Last but not least, spt kata nabil.. 'lu pk lah sendiri'

Tuesday, July 8, 2008

Mice sayang!

5 July 08 - Sabtu

Pagi, spt biasa kena bawa maid pergi pasar. Lebih kurang pukul 10.30pagi saya, dino n May telah pergi ke apartment saya di PD. Tengah hari darkie, mike n zana pula sampai. Ita dan suaminya sampai lewat petang. Malam layan live band, balik apartment sembang2 sampai 3pagi..Ahad kita orang ramai2 naik banana boat.. syiookk woo. Semua member balik petang ahad kecuali saya n May balik pagi Isnin.

7 July 08 - Isnin

Sampai S.Alam, siap2 dan terus pergi kerja. Kat office kerja berlambak2, buat keja tak toleh kiri kanan & tak sempat nak bersembang, thari lepas lunch jer mula lah mengantuk tahap gaban. Petang balik rumah terus tido hinggalah 7.30mlm May kejutkan suruh mandi & solat. Malam cover tido lagi.

8 July 2008 - Selasa


Pagi ni hujan.. selepas subuh saya terus sambung tido.. sedar2 dah kul 8 pagi.. apa lagi.. lintang pukang bangun & terus masuk bilik air. Bila turun jer, maid beritahu, adik ku si 'MICE' dah berjaya korek satu lubang yg agak besar di sangkarnya dan memboloskan dirinya keluar dari sangkar dan merayap dalam rumah, huh.. nasib baik kucing saya si 'panda' tak makan dia.. Saya tengok Mice telah dimasukkan kedalam bakul laundry yang telah diterbalikan. Saya beri tahu maid, tengahari saya akan hantar sangkar baru untuk Mice. Pukul 12.30thari saya telah keluar pergi ke pet-shop dan belikan Mice sangkar baru.

Ini sumer May punya pasal, May yang ajar Mice bermain n merayap setiap malam. Dah 3 hari saya dan May takda rumah dan tiada siapa yg layan Mice main dan biarkan dia merayap dlm rumah. Sebab tu Mice korek lubang yg besar n keluar sendiri. Aduihh.. Mice..Mice.. sakit jantung saya dibuatnya, kesian pun ada =)