Sunday, June 29, 2008

Perempuan dan Kereta

Semasa beratur untuk membayar parking di SACC Mall tadi, adalah 3 orang perempuan yang beratur di hadapan, dan di belakang saya pula ada 3 orang perempuan lagi dan seorang lelaki beratur untuk membayar parking. Disebabkan cuma ada satu sahaja mesen yg berfungsi, barisan tu nampak panjang. Dalam otak berfikir, kenapa hanya perempuan sahaja yang beratur membayar parking?? dimanakah lelaki?

Akhirnya saya membuat kesimpulan ni.

1. Lebih ramai perempuan yang ada kereta dari orang lelaki
2. Lelaki duduk di dalam kereta, dan perempuan disuruh membayar parking
3. Perempuan memang suka keluar waktu makan tengahari, cuci mata =)
4. Lelaki suka tunggu kawan office yang perempuan TAPAUkan makanan mereka!

*peace*

Saturday, June 28, 2008

Merdekaaa!!!

Harini 28 Jun adalah hari terakhirnya class. Final Project dah submit tadi. Rasa lapang sangat2 dada & fikiran sekarang ni. Sepatutnya ada dinner malam ni, tapi ramai yg tidak boleh join. Most of them dah bekeluarga. So lecturer cadangkan hi-tea di Eastin Hotel. Muka masing2 berseri2 harini. Bukan senang nak abiskan 18 bulan.. kalau fulltime tu lain cerita lah, class weekend pulak tu. Saya ni salah sorang dari student yang hampir2 give-up half way, tapi kawan2 bagi galakan suruh teruskan jugak. Lecturer kata batch ni paling best sebab takda sorang pun antara kami yg stop half way. Kesemua 18 orang berjaya habiskan. ALHAMDULILLAH!!

Sekarang ni semua orang looking forward for October, convo di UK !!!!!!! hurayyyy!!!

Thursday, June 26, 2008

Highway ker?

Petang semalam sebelum balik rumah, singgah dulu kat rumah my sister di Sec 2 S.Alam. anak saudara saya Ifah, 10 thn sungguh gembira siap peluk2 cium lagi.

Ifah : achu..!! i am so happy to see you today
Saya : yeah..me too.. hows ur school?
ifah : *monyok* teruk lah chu.. my mother not happy with my Bahasa Malaysia result
Saya : *peluk dia* ohh.. what happened sayang?
ifah : wait yaa.. *terus naik atas, 2mins kemudian bagi kertas exam*
Saya : *baca.. tak boleh tahan terus gelak* hahahahahahhahaaaa

Kesian, BM dia 32% jer..itupun cikgu kesian kot..ayat lintang pukang. Antara ayat yg terdapat dlm karangan dia 'saya telah melihat satu kemalangan di highway' cikgu dia bulatkan perkataan highway tu dengan pen merah.

Saya : not highway lah sayang, "lebuhraya"
ifah : seriously, i never heard people say that word before.
Saya : highway is in English, bahasa melayu nya LEBUHRAYA..
ifah : oh, if like this.. i can never get A for BM
Saya : hey, dont say that, of coz u can, next time pls speak malay with your frends, read malay newspaper and ask ur mum to buy u malay story books.
ifah : ok, i'll try.
Saya : thats my girl

Wednesday, June 25, 2008

Bola dan Kawan

Malam tadi 12.30mlm mike dan zana datang rumah, apa lagi..nak tengok bola. Lepas tu mike call dino & darkie join. Pukul 1 pagi rumah tu macam pukul 8 malam jer. Saya ni EURO memang kurang sikit, (sbb England tak layak!) tapi kalau EPL memang tak boleh miss. Next year EPL mcm dah tak best, Ronaldo mcm confirm jer join REAL dan Uncle Alex pulak merajuk, pernah terbaca Uncle Alex nak tinggalkan MU kalau Ronaldo berhijrah ke REAL.. hmm.. ramai lagi star lain lah Uncle. Nani, Teves, Saha, Anderson kan ada....??

Sementara tunggu bola 2 pagi, saya, zana, may & darkie masuk music room. Main piano, main drum n nyanyi tak hingatt. Yang tak boleh tahan tengok zana & may nyanyi lagu 'Mahluk Tuhan Yang Paling Seksi' dengan gaya gediknyaa.. adoihhh.. keras pp saya gelak. Tengah syok2 jamming, mike dengan dino naik, mengintai. Dua orang mahluk tuhan tu sakit2 perut gelak kan kita org. Kul 2 pagi bard datang bawa MCD.. makan, minum, tengok bola.. sampai pagi. Keputusan akhir Germany 3, Turkey 2.

Life is uncertain..



For somebody you are nothing, but for buddy you are extremely important!!! So frens, lend your ears and open up to hear them... u might think what they are facing is not your problem, u are right but probably only for today. Future is unpredictable.. Life is uncertain.

Tuesday, June 24, 2008

Jangan buat lagi..

"aiyerrrrrr... so disgusting!!" ni lah ayat pertama yg keluar dari mulut saya sebaik saja saya duduk di kerusi pagi ni. Biasalah sampai je office, masuk bilik, handbag simpan dlm drawer tapi sebelum tu keluarkan handphone, tengok ada missed call dan ada voicemail jugak. Macam nombor andy, dail lah 121, dengar voice mail.. perghhh.. apa gilernya andy skrg ni?? mcm nak termuntah saya dengar. "my dear, maybe u are having your bfast, its okay.. just want to say hi to u, i miss u my dear.. bla..bla...bla........" adehh.. geli geleman lah andy!!!! saya ni biasalah. mana tau jiwang2..

cukup unt pagi ni, office boy dah masuk.. nak gi bfast. (isi minyak sblum jalan) bye blog.

Monday, June 23, 2008

Majikan dan Pembantu Rumah

Ni berdasarkan pengalaman dan berlaku depan mata saya.

Kisah 1

Umur 19thn. Majikan Melayu. Baru kerja 2 bulan, hari2 kena jerit, kena marah, makan dicatu, tak ada rehat langsung, kerja dari kul 5 pagi sampai 12 malam. Dah lah tu, anak 4 orang macam anak tangga, umur dari 2-10 tahun. Tinggal di Tingkat 10 Condo di Bangi. 24hrs security, setiap hari kul 11 pagi majikan dia akan balik rumah, check anak2 dia berada dlm keadaan baik ker tak. Satu hari dah tak tahan, terfikir nak larikan diri, dia bercerita dng salah sorang cleaner kat condo tu. Caranya, masa membuang sampah di tong recycle. Konon2 buang sampah.. akhirnya dia berjaya memboloskan diri.. lari sehelai sepinggang!

Mcm mana saya tahu kisah ni?? saya dengan seorang kawan telah pergi tunggu dia tidak jauh dari condo tu, kira tolong dia lari lah.... skrg budak perempuan tu kerja dng kawan saya, rajin dan tak pernah ckp banyak.

Kisah 2

Umur 25tahun. Majikan Melayu juga. Baru kerja 3bulan. Anak 2, 4thn & 1thn lebih. Tinggal di tkt 3, apartment 5 tingkat kat Pandan Indah. Jerit pekik memang tak hingatnya. Tak paham napa org garang ni.. paranoid kot?? Kena buai anak dia tu sampai pagi. Ada ker patut maid tu dah pakai telekung pun suruh bukak, buat kerja dulu.. Eh hello.. sembahyang tu tak sampai 10 minit tau!! Dia pergi kerja kunci pintu, siap bawa kunci tu gi kerja, malam tidur bawa kunci tu masuk dlm bilik. Akhirnya maid dah tak tahan kul 3 pagi ambil tali, pergi kat pintu belakang, terjun dari tingkat 3. Nasib tak baik sampai tkt 1, tali putus.. apa lagi ..bedebukkk!!! tudia.. patah kedua2 belah tangan. Kecoh satu Apartment tu, majikan tu terpaksa hantar ke hospital & bersimen dua2 tangan maid tu.

Mcm mana saya tahu cerita ni?? Saya ke rumah kawan smlm, maid dia yg cerita. Sbb maid tu dihantar ke mak saudaranya juga maid selang 2pintu dari rumah kawan saya tu. Saya memang tak percaya. So saya dan kawan tu pun pergi lah tengok.. sah.. bersimen dua2 belah tangan.

Nasihat saya pada majikan yg giler babi ni sumer. Jangan anggap orang gaji mcm hamba abdi. Ingat, dia membantu kita meringankan kerja kita, dan kita bayar tu dengan memberi dia gaji. Bukan free, dah kira set-off lah tu, apa lagi nak didera mental dia org pulak? Buat macam saya ni, saya buat kerja saya, dia buat kerja dia. Yang penting rumah saya sentiasa bersih, baju bergosok, bunga disiram & kucing saya diberi makan. Dia nak makan, pandai2 lah dia masak. Kalau saya rajin, saya masak.. abis citer.


hmmm.. Mcm2 kes yang didengar, rasanya kalau saya tulis buku pasal maid & majikan ni memang sold out kot.. hahahahaa



Sunday, June 22, 2008

Susah ke jadi perempuan?

Kalau boleh pilih, saya memang pilih jadi lelaki. Penat lah saya menjawab soalan2 bonus ni. Umur mcm ni mula lah orang sibuk bertanya bila nak kawin... bila nak kawin.. adoihhh!!!!!! Yang hairan nya adik beradik saya pun tak pernah tanya soal ni. Geram ni.....!! Bergegar kepala otak saya berhadapan dengan orang mcm ni.. lebih teruk dari gegaran Earthquake kat Sichuan, China aritu~!

Weekend yang boring

22 Jun

Nak study, dah tak ada apa yg nak distudykan lagi.. Final Project dah siap dan di review. Tunggu masa jer nak submit next week. Nak main piano..takda lagu best.. bosan.
Saya pun mengadaplah benda ni, menulis sambil dengar suara Nubhan kat Astro Ria.

Sepanjang minggu ni.. takda apa yg menarik nak dituliskan. Cuma beberapa hari yang lepas sempat YM dengan abg duke, borak punya borak.. dia tertanya lah soalan bonus!! pasal my love life.. aduh.. Saya nak jwb apa lagi. sumernya dah berakhir.. mengucap panjang dia.. Tp sempat jugak lah dia menasihatkan saya supaya bersabar, buka minda dng lebih luas & nasihat berjela2 unt saya. Thanks bro! Saya memang tabah, sbb tu saya masih hidup lagi ni.. kalau ikutkan giler saya ntahlah.. Ada satu lagi.. ada sorang kawan yg mcm 'chipsmore' dekat satu tahun tak dengar berita tiba2 antar sms. Buat lah apa pun, asal hang jng menyemakkan lagi kepala saya sudah lah andy!

Hari khamis lepas ambil dino kat airport, lepas tu dinner dng dia. May pulak kebelakangan ni sibuk memanjang jer.. dng urusan rumah, kereta..kerja.. tah apa2 jer kawan saya yang sorang tu.

Sekarang ni May takda rumah.. Jumaat, lepas kerja dia terus balik Penang... mak dia dah bebel, ada ker patut, sejak balik dari Brunei hujung bulan 5 aritu sampai laa ni dia tak balik Penang..hahaha. Alasannya senang jer.. takda transport. Banyak lah.. kereta saya tu bukan transport ker May? Cerita pasal transport ni.. teringat May yg susah nak buat pilihan antara RUSH & Viva.. Dia prefer 4x4, sbb kat Brunei guna 4x4, balik sini guna RAV4 ita, bila ita balik dari honeymoon May guna kereta saya, 4x4 jugak. Tp masalahnya minyak skrg ni mahal giler bukan mcm harga minyak kat Brunei. Viva jimat minyak, tpi nak balik penang susah.. hahaha keter kecik tak larat nak travel pulak. Apa2 lah May.. LU PK LAH SENDIRI.. *peace*

Monday, June 16, 2008

Nasi Lemak

17 Jun

Harini saya sampai office awal dari biasa, May dah siap pesan mlm tadi taknak bfast kat rumah. Saya memang jarang bfast kat rumah kalau hari kerja. Saya dng May cuma minum jus oren yg maid buatkan. Since saya pun dah takda benda nak buat kat rumah, start kereta & terus gi office.

Sampai jer kat office niena tanya nak nasi lemak ker tak.. saya pun kirimlah kat dia (dia pun kirim dng office boy!). 10 mins kemudian office boy masuk, bawa 3 bungkus nasi lemak. Saya keluar lah dari bilik & terus gi pantry. Ambil sudu, nak makan, tiba2 terbau semacam jer nasi tu. Semua nya nampak mcm biasa, tapi ya Allah.. beras yg digunakan unt buat nasi lemak tu bau HAPAK!!. Terus hilang selera. Niena lagi lah, terus dibuangnya nasik lemak tu dlm tong sampah. Office boy pun merungut, kata nyesal beli kat kedai tu. Saya terus bagi RM10.00 kat ofc boy, suruh dia pergi beli roti canai & kuih. Kenapa jadi mcm tu sekali?? kalau yer nak untung pun, jng lah buat mcm tu. Saya tak kisah kalau penjual nasi lemak jalanan ni nak naikkan harga nasi lemak kosong dari RM1.00 ker RM1.50. Tapi jangan lah bagi org makan nasi lemak dari beras hapak!



Sibuk.. sibuk..

Pagi

Bawa maid gi pasar, beli barang2 basah. Duit skrg ni mcm dah takda nilai lagi, bawa RM200 ke pasar tak dpt apa. Kalau dulu, RM200 tu dah kira luxury!! skrg ni ayam sekor pun dah RM16, tu tak masuk udang RM18 sekilo.. aduih.. !! malas nak cerita lah..buat sakit jantung jer. Tak tau lagi lepas ni barang aper pulak yg naik.. yg saya tau.. ramai orang malaysia yang 'naik darah' skrg.

Thari

Ada wedding kat Nilai. Best...best.. conceptnya.. 100% garden wedding... ..bila lah aku dpt buat mcm tu pulak yaa?? *berangan jap*



Sabtu, 14 Jun

Petang

Lepas wedding pergi ke Nilai 1, gi kedai fav. Kedai Kain Bunga Raya.. spt biasalah.. akak saya dng 3 org akak ipar tu kalau dah sampai situ, tak memborong tak sah! saya ni nak buka mata pun dah tak larat...terpaksa layaaaann! Dekat kul 4ptg baru sampai rumah.. apa lagi.. bummm.. *pengsan* May sampai rumah pun saya tak sedar.
Nanti senang2 nak upload gambar garden wedding kat sini.

Mlm

Keluar makan dng Dino, May, zana, mike, darkie dan juga PENGANTIN BARU!!!! Balik rumah borak dng May tak tau sampai kul berapa, lepas tu .. bumm.. *pengsan lagi*

Ahad 15 Jun

Kena bangun pagi, ingat nak buatkan May bfast, rupanya May yg siapkan saya bfast harini .. so sweet.. thanks May. Saya ada kelas motivasi untuk budak2 kat Pusat Tuisyen arini. Nasib baik turn saya pukul 11 pagi - 12.30. Lepas tu terus balik rumah.. Adoihh.. May dah siap masak pulakk.. Alo Cik May..!! kalau selalu mcm ni berat badan saya boleh naik mendadak tau!

Ptg

Dino dtg rumah.. minta hantarkan ke KLIA, sbb dia ada kerja kat Miri sampai hari Khamis ni. Tea dng dino kat KLIA, lepas tu balik rumah. Alamakkk.. kereta dino tak start arini.. *lupa* Suruh May guna kereta dino, May tak sanggup!! hahahahaa kelakar lah May. May kata dia sanggup bawa kereta saya yg tangki perut gajah tu lagi dari bawa kereta dino.. hahahaahahhaahha

Mlm

Lepas dinner, tengok tv, borak dng May, lepas tu main piano..dpt lagu best.. Elegi Sepi..layannn..


Isnin 16 Jun

Spt biasa, hari Isnin memang bz giler kat ofc tu, tapi sempat gak buat 2 Survey kat Friendster. Chat dng Loque, sibuk mintak url blog ni.. nanti2 lah. Sempat jugak comment bloq Loque. Harini May seawal 7 pagi dah keluar .. sian May kena berulang alik dari Shah Alam ke KL. Saya tak kisah berapa lama dia nak dok rumah ni, tapi dia jer yg tak sanggup.

Ptg tadi balik kerja saya masak.. May punya lah berselera makan, dia kata dah lama tak makan yg best mcm tu.. 4thn dia tercampak kat Brunei, tak tau apa yg dia makan ntah! Takper lah May, janji hang bawa balik banyak Brunei Dollar. Baru kejap tadi kita org keluar gi jumpa sales man kereta, May nak beli kereta sendiri, nak tunggu company siapkan tah bila dia kata.. apa lah yg nak dikejarnya ntah, pakai jer keter saya tu berapa lama nak. *nanti saya antar lah debit note* hahahahhahaa

Skrg ni baru kul 10.20mlm. May dah pengsan.. sian... saya nak study jap, tapi sempat jugak update blog ni. Ok.. time up.. nak tengok Cerita Artis Malaysia, tak tau napa saya suka dng Aznil ni. Apa yg saya tahu, dia ni talented & educated. All the best to you Aznil..

Friday, June 13, 2008

Simple Thanks..

Seawal 7.30pagi saya dah drive ke Ipoh.. sampai sana lebih kurang 10pagi, terus meeting sampai lah dekat 12thari. Sebaik sajer abis meeting terus call boss (kakak ipar) dia kata 'Thank u, u've done a good job' uh.. rasa lapang dada... sekurang2nya kerja saya harini dihargai. "Simple thanks make us feel appreciated"!!

Lepas lunch terus balik Shah Alam. Sampai Shah Alam lebih kurang kul 4.30ptg.. Saya memang rasa penat giler, tak sanggup nak masuk office, terus balik rumah & bummm.. *tidoo* Nasib baik dino call kul 6.30 tadi, kalau tak mesti saya masih tido sekarang.


Thursday, June 12, 2008

Bingit..

Harini 12-Jun-2008.. Sekarang ni waktu kerja. Macam mana nak buat kerja sbb bilik sebelah ni tengah renovate.. tung tang..tung tangg!! Pekak telinga ni woi.. tu tak masuk lagi bunyi dia org mendrill dinding. Adoiihh.. telinga ni boleh jadi tuli macam ni. Itulah, pagi tadi masa tak bising, sibuk jawab survey kat Friendster.. hahahaha *blaming myself*

Walau mcm mana pun saya kena siapkan kerja ni harini jugak! Besok ada meeting di Ipoh.. nampaknya pagi2 esok dah kena drive ke Ipoh. Ini lah antara perkara yang saya tak boleh tahan.. drive beratus2 kilometer sorang2 pulak tu.


Monday, June 9, 2008

Bosan..

Tak tau dah berapa lama saya ada blog ni.. seingat saya, saya sign benda ni last year.. somewhere in January (07)... Lepas tu sibuk dengan study selama 18 bulan. Alhamdulillah, study berjalan dengan lancar. Saya sendiri pun tak sangka boleh jadi best student untuk 1st semester. Mungkin semangat berkobar2 dan kehidupan masa tu memang "okay'. Lagi pun my brother review semua thesis & assignments masa tu.

Masa 2nd Semester, keputusan exam memang cukup makan. Nasib baik thesis & research boleh cover marks yg cukup makan tu. Macam-macam hal yang berlaku. Tuhan benar2 menduga saya masa itu.. brother yang rajin review thesis tu pergi mengadap Ilahi, BF pulak, gone with the wind.. memang masa tu rasa saya manusia yang paling malang sekali dlm dunia ni.. (tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh accept the fact memang 'TIADA JODOH' dan saya terima dengan redha. Seorang penulis dari AS, Richard Bach pernah melahirkan kata-kata ini: "if you love someone, set them free. If they come back they're yours; if they don't they never were"

Sekarang ni tinggal satu Final Project & tiba2 teringat nak menulis blog. Entahlah .. memang tak tau nak tulis apa.. tapi bila jari2 ni dah menaip, memang susah nak berhenti.. Betul kata one of my online friend.. dia kata 'kalau u stress and tak tau nak luahkan kat siapa2.. u tulis dalam blog u'.. yeah.. mode sekarang ni memang strees, bengang, lost, jiwa kacau & apa2 sahaja yg sewaktu dengan nya. Saya pun tak mengharapkan sesiapa baca blog ni.. saya tak mahu sapa2 tau betapa kacau nya jiwa saya sekarang ni.

Rasanya saya akan pindah dari Blog Friendster ker sini.. sbb saya tidak mahu mereka yg tak berkenaan membaca apa yg saya tulis di sini.