Monday, June 16, 2008
Pagi
Bawa maid gi pasar, beli barang2 basah. Duit skrg ni mcm dah takda nilai lagi, bawa RM200 ke pasar tak dpt apa. Kalau dulu, RM200 tu dah kira luxury!! skrg ni ayam sekor pun dah RM16, tu tak masuk udang RM18 sekilo.. aduih.. !! malas nak cerita lah..buat sakit jantung jer. Tak tau lagi lepas ni barang aper pulak yg naik.. yg saya tau.. ramai orang malaysia yang 'naik darah' skrg.
Thari
Ada wedding kat Nilai. Best...best.. conceptnya.. 100% garden wedding... ..bila lah aku dpt buat mcm tu pulak yaa?? *berangan jap*
Sabtu, 14 Jun
Petang
Lepas wedding pergi ke Nilai 1, gi kedai fav. Kedai Kain Bunga Raya.. spt biasalah.. akak saya dng 3 org akak ipar tu kalau dah sampai situ, tak memborong tak sah! saya ni nak buka mata pun dah tak larat...terpaksa layaaaann! Dekat kul 4ptg baru sampai rumah.. apa lagi.. bummm.. *pengsan* May sampai rumah pun saya tak sedar.
Nanti senang2 nak upload gambar garden wedding kat sini.
Mlm
Keluar makan dng Dino, May, zana, mike, darkie dan juga PENGANTIN BARU!!!! Balik rumah borak dng May tak tau sampai kul berapa, lepas tu .. bumm.. *pengsan lagi*
Ahad 15 Jun
Kena bangun pagi, ingat nak buatkan May bfast, rupanya May yg siapkan saya bfast harini .. so sweet.. thanks May. Saya ada kelas motivasi untuk budak2 kat Pusat Tuisyen arini. Nasib baik turn saya pukul 11 pagi - 12.30. Lepas tu terus balik rumah.. Adoihh.. May dah siap masak pulakk.. Alo Cik May..!! kalau selalu mcm ni berat badan saya boleh naik mendadak tau!
Ptg
Dino dtg rumah.. minta hantarkan ke KLIA, sbb dia ada kerja kat Miri sampai hari Khamis ni. Tea dng dino kat KLIA, lepas tu balik rumah. Alamakkk.. kereta dino tak start arini.. *lupa* Suruh May guna kereta dino, May tak sanggup!! hahahahaa kelakar lah May. May kata dia sanggup bawa kereta saya yg tangki perut gajah tu lagi dari bawa kereta dino.. hahahaahahhaahha
Mlm
Lepas dinner, tengok tv, borak dng May, lepas tu main piano..dpt lagu best.. Elegi Sepi..layannn..
Isnin 16 Jun
Spt biasa, hari Isnin memang bz giler kat ofc tu, tapi sempat gak buat 2 Survey kat Friendster. Chat dng Loque, sibuk mintak url blog ni.. nanti2 lah. Sempat jugak comment bloq Loque. Harini May seawal 7 pagi dah keluar .. sian May kena berulang alik dari Shah Alam ke KL. Saya tak kisah berapa lama dia nak dok rumah ni, tapi dia jer yg tak sanggup.
Ptg tadi balik kerja saya masak.. May punya lah berselera makan, dia kata dah lama tak makan yg best mcm tu.. 4thn dia tercampak kat Brunei, tak tau apa yg dia makan ntah! Takper lah May, janji hang bawa balik banyak Brunei Dollar. Baru kejap tadi kita org keluar gi jumpa sales man kereta, May nak beli kereta sendiri, nak tunggu company siapkan tah bila dia kata.. apa lah yg nak dikejarnya ntah, pakai jer keter saya tu berapa lama nak. *nanti saya antar lah debit note* hahahahhahaa
Skrg ni baru kul 10.20mlm. May dah pengsan.. sian... saya nak study jap, tapi sempat jugak update blog ni. Ok.. time up.. nak tengok Cerita Artis Malaysia, tak tau napa saya suka dng Aznil ni. Apa yg saya tahu, dia ni talented & educated. All the best to you Aznil..
1 Comment:
-
- Anonymous said...
June 24, 2008 at 1:02 AMkat nilai ade bangla. jgn jatuh hati ngan bangladeshi!