Monday, June 9, 2008

Bosan..

Tak tau dah berapa lama saya ada blog ni.. seingat saya, saya sign benda ni last year.. somewhere in January (07)... Lepas tu sibuk dengan study selama 18 bulan. Alhamdulillah, study berjalan dengan lancar. Saya sendiri pun tak sangka boleh jadi best student untuk 1st semester. Mungkin semangat berkobar2 dan kehidupan masa tu memang "okay'. Lagi pun my brother review semua thesis & assignments masa tu.

Masa 2nd Semester, keputusan exam memang cukup makan. Nasib baik thesis & research boleh cover marks yg cukup makan tu. Macam-macam hal yang berlaku. Tuhan benar2 menduga saya masa itu.. brother yang rajin review thesis tu pergi mengadap Ilahi, BF pulak, gone with the wind.. memang masa tu rasa saya manusia yang paling malang sekali dlm dunia ni.. (tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh accept the fact memang 'TIADA JODOH' dan saya terima dengan redha. Seorang penulis dari AS, Richard Bach pernah melahirkan kata-kata ini: "if you love someone, set them free. If they come back they're yours; if they don't they never were"

Sekarang ni tinggal satu Final Project & tiba2 teringat nak menulis blog. Entahlah .. memang tak tau nak tulis apa.. tapi bila jari2 ni dah menaip, memang susah nak berhenti.. Betul kata one of my online friend.. dia kata 'kalau u stress and tak tau nak luahkan kat siapa2.. u tulis dalam blog u'.. yeah.. mode sekarang ni memang strees, bengang, lost, jiwa kacau & apa2 sahaja yg sewaktu dengan nya. Saya pun tak mengharapkan sesiapa baca blog ni.. saya tak mahu sapa2 tau betapa kacau nya jiwa saya sekarang ni.

Rasanya saya akan pindah dari Blog Friendster ker sini.. sbb saya tidak mahu mereka yg tak berkenaan membaca apa yg saya tulis di sini.

0 Comments:

Post a Comment