Monday, July 21, 2008

Betul ker begini?

Lagi beberapa hari sahaja genap lah setahun saya tidak menghubungi beliau. Sejak dari hari itu saya berazam untuk tidak menghubungi nya lagi, biarlah yang lepas itu menjadi sejarah. Setahun jugalah saya mengharapkan beliau menghubungi saya untuk bertanya bagaimana caranya dia boleh membayar balik wang yang dipinjam dari saya, tapi hampa. Nampaknya beliau benar2 mahu melupakan segala2nya tentang saya. Tidak bagi saya.. antara kami masih ada perkara yang yang belum selesai.

Harini, saya nekad menaip email kepada dia. Saya pastikan email saya kali ini straight to the point. Walaupun peluang saya cuma 50-50, tapi dengan cara ini sekurang2nya beliau tahu yang istilah 'pinjam itu tetap pinjam' Persoalannya sekarang, adakah beliau akan membayar semula yang yang dipinjamnya dari saya setahun yang lalu? Terserah, saya telah menjalankan tugas dengan mengingatkan nya. Nanti jangan kata 'oh.. dia tak minta balik, buat apa nak pulangkan'


1 Comment:

  1. Anonymous said...
    sori la syg bini ai control aspek kewangan ai. ai tak dpt wat pape. u tlg ai gaduh ngan die bley? (gini gamak nye die reply) haha!

Post a Comment