Tuesday, September 2, 2008

Merdeka 2008



Setiap tahun saya dan rakan2 menyambut malam Merdeka 'ada ada' sahaja. Tapi tahun ini saya tidak tahu dimana silapnya, kami semua telah pergi ke Genting Highlands untuk menyambut merdeka.. (mungkin sebab cuti panjang) dah tua2 begini masih nak buat benda2 yang tidak masuk akal. Saya dan rakan2 telah bertolak ke Genting tepat jam 9 malam. Sambutan di Genting boleh dikatakan not bad juga. Sebelum itu pengunjung di hiburkan oleh beberapa orang artis Malaysia. Saya cuma tahu Aznil dan Dafi sahaja. Anak2 saudara saya memang minat habis kat Dafi. Ini terbukti apabila saya menunjukkan gambar Dafi kepada mereka. Melompat2 mereka marahkan saya kerana pergi 'jumpa' Dafi tanpa mereka.. hahahahaa



Tepat jam 12 malam pertunjukan bunga api yang betul2 di atas kepala kami. Apa lagi, riuh rendahlah manusia di Genting malam itu. Tepat 4 pagi kami turun dari Genting dan sampai rumah pada 6 pagi. Penat memang lah penat, tapi sejak May balik Malaysia ni, macam2 aktiviti gila yang kami lakukan.




Ahad tu pula saya dan keluarga saya ada urusan di Nilai. Bayangkan, sebaik sahaja sampai di rumah saya terus mandi dan nap seketika kerana jam 9 pagi saya ke Nilai. Balik semula ke Shah Alam pada pukul 7 malam. Letihnya tak usah cakap lah. Malam itu selepas diumumkan yang esok harinya berpuasa, saya dan May turun memasak. Kemudian terus tido.. nasib baik tak terlajak bersahur..


10pagi.. gelap nak hujan!



On the way balik Shah Alam

5 Comments:

  1. Anonymous said...
    Yelah.. salah aku lah, semua salah aku :P

    hahahaha marah betul Fisya tengok gambar dafi tu! nak gelak masa tu, tapi kesian pulak :)
    Kapten Luffy said...
    Penyanyi tu dafi ker?
    Unfiltered-Madness said...
    Bestnyer menyambut merdeka...

    Ntahlah luffy... hang tak tengok AF ker?
    Aku Yang Weird said...
    May : hahahaha.. lawak kan?

    luffy : yer.. tu dafi

    anakmalaysia : terima kasih kerana sudi singgah.
    Anonymous said...
    lepas tengok concert berbayar kita pergi tengok yang free pulak.. hahaha

Post a Comment