Sunday, June 22, 2008

Weekend yang boring

22 Jun

Nak study, dah tak ada apa yg nak distudykan lagi.. Final Project dah siap dan di review. Tunggu masa jer nak submit next week. Nak main piano..takda lagu best.. bosan.
Saya pun mengadaplah benda ni, menulis sambil dengar suara Nubhan kat Astro Ria.

Sepanjang minggu ni.. takda apa yg menarik nak dituliskan. Cuma beberapa hari yang lepas sempat YM dengan abg duke, borak punya borak.. dia tertanya lah soalan bonus!! pasal my love life.. aduh.. Saya nak jwb apa lagi. sumernya dah berakhir.. mengucap panjang dia.. Tp sempat jugak lah dia menasihatkan saya supaya bersabar, buka minda dng lebih luas & nasihat berjela2 unt saya. Thanks bro! Saya memang tabah, sbb tu saya masih hidup lagi ni.. kalau ikutkan giler saya ntahlah.. Ada satu lagi.. ada sorang kawan yg mcm 'chipsmore' dekat satu tahun tak dengar berita tiba2 antar sms. Buat lah apa pun, asal hang jng menyemakkan lagi kepala saya sudah lah andy!

Hari khamis lepas ambil dino kat airport, lepas tu dinner dng dia. May pulak kebelakangan ni sibuk memanjang jer.. dng urusan rumah, kereta..kerja.. tah apa2 jer kawan saya yang sorang tu.

Sekarang ni May takda rumah.. Jumaat, lepas kerja dia terus balik Penang... mak dia dah bebel, ada ker patut, sejak balik dari Brunei hujung bulan 5 aritu sampai laa ni dia tak balik Penang..hahaha. Alasannya senang jer.. takda transport. Banyak lah.. kereta saya tu bukan transport ker May? Cerita pasal transport ni.. teringat May yg susah nak buat pilihan antara RUSH & Viva.. Dia prefer 4x4, sbb kat Brunei guna 4x4, balik sini guna RAV4 ita, bila ita balik dari honeymoon May guna kereta saya, 4x4 jugak. Tp masalahnya minyak skrg ni mahal giler bukan mcm harga minyak kat Brunei. Viva jimat minyak, tpi nak balik penang susah.. hahaha keter kecik tak larat nak travel pulak. Apa2 lah May.. LU PK LAH SENDIRI.. *peace*

Monday, June 16, 2008

Nasi Lemak

17 Jun

Harini saya sampai office awal dari biasa, May dah siap pesan mlm tadi taknak bfast kat rumah. Saya memang jarang bfast kat rumah kalau hari kerja. Saya dng May cuma minum jus oren yg maid buatkan. Since saya pun dah takda benda nak buat kat rumah, start kereta & terus gi office.

Sampai jer kat office niena tanya nak nasi lemak ker tak.. saya pun kirimlah kat dia (dia pun kirim dng office boy!). 10 mins kemudian office boy masuk, bawa 3 bungkus nasi lemak. Saya keluar lah dari bilik & terus gi pantry. Ambil sudu, nak makan, tiba2 terbau semacam jer nasi tu. Semua nya nampak mcm biasa, tapi ya Allah.. beras yg digunakan unt buat nasi lemak tu bau HAPAK!!. Terus hilang selera. Niena lagi lah, terus dibuangnya nasik lemak tu dlm tong sampah. Office boy pun merungut, kata nyesal beli kat kedai tu. Saya terus bagi RM10.00 kat ofc boy, suruh dia pergi beli roti canai & kuih. Kenapa jadi mcm tu sekali?? kalau yer nak untung pun, jng lah buat mcm tu. Saya tak kisah kalau penjual nasi lemak jalanan ni nak naikkan harga nasi lemak kosong dari RM1.00 ker RM1.50. Tapi jangan lah bagi org makan nasi lemak dari beras hapak!



Sibuk.. sibuk..

Pagi

Bawa maid gi pasar, beli barang2 basah. Duit skrg ni mcm dah takda nilai lagi, bawa RM200 ke pasar tak dpt apa. Kalau dulu, RM200 tu dah kira luxury!! skrg ni ayam sekor pun dah RM16, tu tak masuk udang RM18 sekilo.. aduih.. !! malas nak cerita lah..buat sakit jantung jer. Tak tau lagi lepas ni barang aper pulak yg naik.. yg saya tau.. ramai orang malaysia yang 'naik darah' skrg.

Thari

Ada wedding kat Nilai. Best...best.. conceptnya.. 100% garden wedding... ..bila lah aku dpt buat mcm tu pulak yaa?? *berangan jap*



Sabtu, 14 Jun

Petang

Lepas wedding pergi ke Nilai 1, gi kedai fav. Kedai Kain Bunga Raya.. spt biasalah.. akak saya dng 3 org akak ipar tu kalau dah sampai situ, tak memborong tak sah! saya ni nak buka mata pun dah tak larat...terpaksa layaaaann! Dekat kul 4ptg baru sampai rumah.. apa lagi.. bummm.. *pengsan* May sampai rumah pun saya tak sedar.
Nanti senang2 nak upload gambar garden wedding kat sini.

Mlm

Keluar makan dng Dino, May, zana, mike, darkie dan juga PENGANTIN BARU!!!! Balik rumah borak dng May tak tau sampai kul berapa, lepas tu .. bumm.. *pengsan lagi*

Ahad 15 Jun

Kena bangun pagi, ingat nak buatkan May bfast, rupanya May yg siapkan saya bfast harini .. so sweet.. thanks May. Saya ada kelas motivasi untuk budak2 kat Pusat Tuisyen arini. Nasib baik turn saya pukul 11 pagi - 12.30. Lepas tu terus balik rumah.. Adoihh.. May dah siap masak pulakk.. Alo Cik May..!! kalau selalu mcm ni berat badan saya boleh naik mendadak tau!

Ptg

Dino dtg rumah.. minta hantarkan ke KLIA, sbb dia ada kerja kat Miri sampai hari Khamis ni. Tea dng dino kat KLIA, lepas tu balik rumah. Alamakkk.. kereta dino tak start arini.. *lupa* Suruh May guna kereta dino, May tak sanggup!! hahahahaa kelakar lah May. May kata dia sanggup bawa kereta saya yg tangki perut gajah tu lagi dari bawa kereta dino.. hahahaahahhaahha

Mlm

Lepas dinner, tengok tv, borak dng May, lepas tu main piano..dpt lagu best.. Elegi Sepi..layannn..


Isnin 16 Jun

Spt biasa, hari Isnin memang bz giler kat ofc tu, tapi sempat gak buat 2 Survey kat Friendster. Chat dng Loque, sibuk mintak url blog ni.. nanti2 lah. Sempat jugak comment bloq Loque. Harini May seawal 7 pagi dah keluar .. sian May kena berulang alik dari Shah Alam ke KL. Saya tak kisah berapa lama dia nak dok rumah ni, tapi dia jer yg tak sanggup.

Ptg tadi balik kerja saya masak.. May punya lah berselera makan, dia kata dah lama tak makan yg best mcm tu.. 4thn dia tercampak kat Brunei, tak tau apa yg dia makan ntah! Takper lah May, janji hang bawa balik banyak Brunei Dollar. Baru kejap tadi kita org keluar gi jumpa sales man kereta, May nak beli kereta sendiri, nak tunggu company siapkan tah bila dia kata.. apa lah yg nak dikejarnya ntah, pakai jer keter saya tu berapa lama nak. *nanti saya antar lah debit note* hahahahhahaa

Skrg ni baru kul 10.20mlm. May dah pengsan.. sian... saya nak study jap, tapi sempat jugak update blog ni. Ok.. time up.. nak tengok Cerita Artis Malaysia, tak tau napa saya suka dng Aznil ni. Apa yg saya tahu, dia ni talented & educated. All the best to you Aznil..