Friday, June 13, 2008
Seawal 7.30pagi saya dah drive ke Ipoh.. sampai sana lebih kurang 10pagi, terus meeting sampai lah dekat 12thari. Sebaik sajer abis meeting terus call boss (kakak ipar) dia kata 'Thank u, u've done a good job' uh.. rasa lapang dada... sekurang2nya kerja saya harini dihargai. "Simple thanks make us feel appreciated"!!
Lepas lunch terus balik Shah Alam. Sampai Shah Alam lebih kurang kul 4.30ptg.. Saya memang rasa penat giler, tak sanggup nak masuk office, terus balik rumah & bummm.. *tidoo* Nasib baik dino call kul 6.30 tadi, kalau tak mesti saya masih tido sekarang.
Thursday, June 12, 2008
Harini 12-Jun-2008.. Sekarang ni waktu kerja. Macam mana nak buat kerja sbb bilik sebelah ni tengah renovate.. tung tang..tung tangg!! Pekak telinga ni woi.. tu tak masuk lagi bunyi dia org mendrill dinding. Adoiihh.. telinga ni boleh jadi tuli macam ni. Itulah, pagi tadi masa tak bising, sibuk jawab survey kat Friendster.. hahahaha *blaming myself*
Walau mcm mana pun saya kena siapkan kerja ni harini jugak! Besok ada meeting di Ipoh.. nampaknya pagi2 esok dah kena drive ke Ipoh. Ini lah antara perkara yang saya tak boleh tahan.. drive beratus2 kilometer sorang2 pulak tu. 
Monday, June 9, 2008
Tak tau dah berapa lama saya ada blog ni.. seingat saya, saya sign benda ni last year.. somewhere in January (07)... Lepas tu sibuk dengan study selama 18 bulan. Alhamdulillah, study berjalan dengan lancar. Saya sendiri pun tak sangka boleh jadi best student untuk 1st semester. Mungkin semangat berkobar2 dan kehidupan masa tu memang "okay'. Lagi pun my brother review semua thesis & assignments masa tu.
Masa 2nd Semester, keputusan exam memang cukup makan. Nasib baik thesis & research boleh cover marks yg cukup makan tu. Macam-macam hal yang berlaku. Tuhan benar2 menduga saya masa itu.. brother yang rajin review thesis tu pergi mengadap Ilahi, BF pulak, gone with the wind.. memang masa tu rasa saya manusia yang paling malang sekali dlm dunia ni.. (tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh accept the fact memang 'TIADA JODOH' dan saya terima dengan redha. Seorang penulis dari AS, Richard Bach pernah melahirkan kata-kata ini: "if you love someone, set them free. If they come back they're yours; if they don't they never were"
Sekarang ni tinggal satu Final Project & tiba2 teringat nak menulis blog. Entahlah .. memang tak tau nak tulis apa.. tapi bila jari2 ni dah menaip, memang susah nak berhenti.. Betul kata one of my online friend.. dia kata 'kalau u stress and tak tau nak luahkan kat siapa2.. u tulis dalam blog u'.. yeah.. mode sekarang ni memang strees, bengang, lost, jiwa kacau & apa2 sahaja yg sewaktu dengan nya. Saya pun tak mengharapkan sesiapa baca blog ni.. saya tak mahu sapa2 tau betapa kacau nya jiwa saya sekarang ni.
Rasanya saya akan pindah dari Blog Friendster ker sini.. sbb saya tidak mahu mereka yg tak berkenaan membaca apa yg saya tulis di sini.
