Thursday, July 9, 2009

Update

Waaa...gila lama tak update..

Pagi tadi, bila masuk office saya pun bertanya lah kepada seorang staff di pejabat ni yang baru datang setelah 3 hari emergency leave 'how's your mother?' Apa yang memeranjatkan saya, dia langsung tidak menjawab. Mungkin dia tidak dengar, saya pun bertanya sekali lagi 'macam mana keaadaan your mum?' dia tidak menjawab juga. hmmm .. orang macam ni pun ada dalam dunia ni.. yang lebih pelik lagi, hari ni dia gembira semacam..

Entahlah, malas nak fikir..

Thursday, October 30, 2008

F1 Sao Paulo, Brazil!

Alhamdulillah, majlis convocation sudah selesai.. [akhirnya berjaya jugak saya menjadi salah seorang "Pemegang Ijazah Sarjana" atau dlm nama lain nya 'MASTER'] Selepas majlis convocation, suami saya mencadangkan supaya kami pergi Brazil untuk menyaksikan FI di Sao Paulo. Suami saya ni memang peminat no 1 FI. Masalahnya, nak balik nanti.. tiada flight direct dari Sao Paulo ke Kuala Lumpur. Kami akan singgah di Beunos Aires dan dari situ baru kami balik ke Kuala Lumpur. (lebih kurang 2 hari di dalam kapalterbang!!) Larat ke saya ni?? *dalam kepala dah terbayang betapa penatnya*

Flight ke Sao Paulo lagi 2 jam dari sekarang. Nak pergi isi perut dulu, nanti ada masa update lagi!

Lotes de amor!

Friday, October 24, 2008

Sales lagi..

Pada 24hb October, ternampak banner Sales Metrojaya yang di pasang berhampiran Stadium Melawati Shah Alam. Saya dan seorang rakan telah keluar dari office tepat jam 11.30 pagi. Setibanya kami di situ, saya lihat memang telah ramai manusia yang gilakan sales! Sales kali ini memang gila-gila pun!! discount sampai 70%. Memang wajar tindakan Metrojaya mengadakan sales di dalam Stadium. Keselesaan pengunjung memang perlu diutamakan. Perkara penting bila sales ni ialah masalah parking. Kali ini parking memang tiada masalah.

Saya terus ke bahagian Cosmetic dan perfume. Apa lagi saya memborong beberapa jenis perfume. Harga dari RM60 - RM180. Kemudian saya ke bahagian beg tangan, membeli sebuah beg tangan warna hitam yang ada discount 70% (comel sangat2). Habis duit!


Kawan saya terus ke bahagian cadar. Beliau membeli 2 set cadar complete dengan comforter. [bayangkan lah betapa gilanya dia!!]

Kami masuk ke office semula jam 2.10 petang. Itupun saya memikirkan saya belum solat zohor lagi, dan saya kena pergi meeting jam 3 petang di Sek. 16, Petaling Jaya. Kalau tak.. entahlah, mahu sampai jam 5 petang kami dalam stadium tu agaknya!